JANGAN BIARKAN JANTUNG-JANTUNGMENANGIS
Selamat menyambut Hari Jantung Sedunia Ucapkan pada jantung-payung terima kasih Pada jasa degupan Pada setia denyutan Pada perkasa derupan Pada harmonis rentak ritmanya yang tidak mengerti erti henti Jangan biarkan jantung-jantung menangis Tiap denyutan terasa pedih Kita sumbatkan pembuluh dengan minyak tepu Perih jantung mengepam lesu Keluarkan pembunuh dari dapur Isikan gizi dengan lemak berharga Biarlah perjalanan darah tersekat tiada. Hormati jantung kerana ianya nyawa Anugerah Teragung Al-Muhyi Jangan dicemari asap rokok durjana Memekat darah, melenyapkan pawana Hingga jantung hilang upaya Terpaksa hantar isyarat menikam dada.
Buat acara jantung bahagia Makanan seimbang secara sederhana Elakkan obesiti bersenam jadi prioriti Seluruh keluarga amalkan latihan jasmani Jantung tersenyum tak menangis lagi.
Di hari bahagia ini Dunia mengajak kita “BERSATU DEMI JANTUNG SIHAT”
Langkawi. 30.9.2007. |
